KUALA LUMPUR:Kerajaan bersetuju membenarkan institut memandu dan pusat latihan penerbangan beroperasi dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat bermula 12 Februari 2021.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi institut memandu, arahan ini merangkumi perkhidmatan latihan pemanduan, kurikulum pendidikan pemandu (KPP) 01, 02 dan 03, perkhidmatan pra-ujian pemanduan (QTI), perkhidmatan ujian teori dan praktikal (litar dan jalan raya).
Waktu operasi yang dibenarkan ialah dari 7.30 pagi sehingga 8.30 malam.
Antara SOP yang telah ditetapkan seperti berikut:
• Mewajibkan pemakaian pelitup muka oleh pengajar dan calon sepanjang masa di dalam kenderaan SKIM.
• Pihak IM perlu memastikan keberadaan calon yang berkaitan untuk slot latihan/pengujian sahaja berada di premis IM pada satu-satu masa dan tidak dibenarkan menunggu.
• Mengamalkan penjarakan fizikal di kaunter/tempat menunggu dengan pengosongan tempat duduk di antara pelanggan dan penandaan garisan bagi penjarakan fizikal 1 meter.
Manakala bagi Pusat Latihan Penerbangan, arahan ini merangkumi pentadbiran di Approved Training Organization (ATO) termasuk:
o Type Rating Training Organization (TRTO)
o Flying Training Organization (FTO)
o Flying Club - Instruction in Flying (FC-IIF)
Pentadbiran latihan berulang yang mandatori bagi menampung operasi penerbangan awam dibenarkan untuk juruterbang, jurutera penerbangan, pengawal trafik udara, kru kabin, kakitangan sekuriti dan pengendali bahan berbahaya.
Antara SOP yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:
• Pelatih yang telah berada di Approved Training Organization (ATO) perlu terus kekal berada di ATO.
• Pelatih perlu mendapatkan surat kebenaran pergerakan bagi merentas negeri atau daerah untuk pergerakan ke/dari ATO.
• Pergerakan pelatih dari/ke Semenanjung dan Sabah/Sarawak adalah tertakluk kepada garis panduan MKN negeri.
• Semua kemasukan pelatih baru ke ATO adalah tertakluk kepada kelulusan CAAM.
• Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dilaksanakan secara hibrid iaitu secara bersemuka dan dalam talian bagi pelatih yang berada di ATO dan kediaman sendiri selaras dengan Garis Panduan Pengurusan Operasi (CAAM) dan ATO.
• Semua aktiviti latihan penerbangan boleh dilaksanakan selaras dengan Garis Panduan Pengurusan Operasi CAAM dan ATO.
SOP terperinci boleh di dirujuk di laman sesawang Kementerian Pengangkutan dan MKN.
Astro Awani
Thu Feb 11 2021
Kerajaan bersetuju membenarkan Institut Memandu dan Pusat Latihan Penerbangan beroperasi dengan SOP ketat bermula 12 Februari 2021.
Indonesia: Wanita temui ajal selepas cabut gigi geraham
Seorang wanita yang mencabut sebatang gigi gerahamnya atas nasihat doktor di Ngawi, Jawa Timur telah meninggal dunia baru-baru ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Tiada laporan 3R diterima sepanjang kempen - Ketua Polis Negara
Polis tidak menerima sebarang laporan membabitkan isu 3R iaitu raja, agama dan kaum, sepanjang tempoh 14 hari kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu berlangsung.
TDM akan usul batal kontrak sewaan Black Hawk kepada Kementerian Pertahanan
Tentera Darat Malaysia akan mengusulkan pembatalan kontrak sewaan helikopter Black Hawk TDM kepada Kementerian Pertahanan ekoran kelewatan penghantaran.
'Rhea dah terbelit tali pusat' - Shila Amzah cerita detik bersalin anak kedua
Menurut Shila, dia terpaksa memilih untuk bersalin secara pembedahan sekali lagi (caesarean) kerana bayinya terbelit tali pusat.
Invest Selangor sasar nilai transaksi RM7 bilion melalui SIBS 2024
Invest Selangor Bhd menyasarkan nilai transaksi berpotensi sehingga RM7 bilion daripada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) tahun ini.
Mendiang Mutang miliki prinsip, nilai kukuh ke arah reformasi Parlimen - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara kehilangan individu yang sangat serius dalam usaha reformasi Parlimen dengan pemergian mendiang Senator Datuk Mutang Tagal.
AWANI Ringkas: Polis Puas Hati: Tiada laporan kempen 3R di Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Systema lancar kempen #GumHealthFirst, tingkat kesedaran penjagaan gusi
Systema, pakar perlindungan gusi terkenal dari Jepun komited dalam menangani penyakit gusi yang kini berleluasa di Malaysia menerusi kempen #GumHealthFirst dan memperkenal teknologi berus gigi baharu.
Zii Jia iringi empat wakil negara ke Olimpik Paris 2024
Dua pemain perseorangan dan tiga beregu badminton negara secara rasmi disahkan slot penampilan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Ratusan ibu di Mexico berhimpun, tuntut kehilangan anak
Ratusan wanita Mexico yang mencari anak mereka yang hilang berhimpun di Mexico City pada Jumaat.
Protes sempena Hari Ibu itu dilakukan bagi memberi tekanan kepada pihak berkuasa supaya melakukan lebih banyak lagi untuk mencari orang tersayang mereka.
Protes sempena Hari Ibu itu dilakukan bagi memberi tekanan kepada pihak berkuasa supaya melakukan lebih banyak lagi untuk mencari orang tersayang mereka.
Tujuh pekerja sekolah memandu cemas terperangkap banjir
Kerja-kerja menyelamat dan memindahkan mangsa giat dijalankan menggunakan bot fiber ke tempat selamat.
Batal permit institut memandu kerana rekod kemalangan bukan polisi - Wee Ka Siong
Kenyataan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim mengenai perkara itu adalah pandangan peribadi ketua pengarah berkenaan.
Institut memandu akan dikena tindakan jika ramai pemandu terbabit kemalangan - JPJ
Antara tindakan boleh diambil ialah membatalkan permit institut memandu terbabit dan menarik balik sijil tenaga pengajarnya.
PKP: Institut memandu, pusat latihan penerbangan dibenar beroperasi
Kerajaan bersetuju membenarkan institut memandu dan pusat latihan penerbangan beroperasi dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat bermula 12 Februari 2021.
Elemen merit diperkenalkan dalam penilaian institut memandu siri 3
Elemen merit akan diperkenalkan sebagai elemen tambahan baharu dalam penilaian penggredan institut memandu siri 3.
Pindaan kaedah ujian memandu untuk laksanakan e-testing - Loke
Kaedah sedia ada memerlukan seorang anggota JPJ berada di sebelah pelajar, namun menerusi e-testing proses tersebut akan dilakukan secara atas talian.
Pengusaha institut memandu diberi amaran tidak terlibat rasuah - Loke
Kementerian Pengangkutan memberi amaran kepada pengusaha institut memandu agar tidak terlibat dalam kegiatan meminta wang untuk meluluskan Lesen PSV.
Hanya sembilan institut memandu bertaraf lima bintang - JPJ
Sejumlah 117 daripada 200 Institut Memandu di seluruh negara hanya mencapai taraf dua dan satu bintang, ujar Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad.